“Banyak Sangat Buat Dosa Kering” – Lana Nodin Mengaku ‘Buat’ Hidung Tapi Terpaksa Disebabkan Kemalangan RXZ

Hiburan

“Banyak Sangat Buat Dosa Kering” – Lana Nodin Mengaku ‘Buat’ Hidung Tapi Terpaksa Disebabkan Kemalangan RXZ

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang segelintir netizen menegur hidung pelakon Lana Nodin yang dikatakan makin pelik.

Menerusi ruangan komen di Instagram Lana, netizen berkata hidungnya nampak seolah-olah baru ‘dibuat’. Malah ada yang memerlinya dengan bertanya jika ia adalah ‘hidung raya’.

Advertisement

2 years ago

"Hidung Raya Ke Sistur?" - Nampak Makin Pelik, Netizen Cakap Lana Nodin 'Buat' Hidung?

Selepas timbul kekecohan tentang hidungnya itu, Lana bersuara di Instagram dan menjawab persoalan netizen menerusi ‘live’ di Instagram.

Lana mengakui hidungnya ‘dibuat’ namun atas sebab terpaksa kerana pernah menjalani kemalangan semasa zaman remaja.

Menerusi ‘live’ itu, Lana menerangkan tentang insiden yang berlaku kepadanya ketika sedang menunggang motosikal.

Kemalangan itu menyebabkan hidungnya patah sehingga terpaksa dimasukkan besi untuk beberapa tahun.

Sebenarnya saya punya (cerita) peribadi, tak perlu nak cerita pun, tapi sibuk sangat nak tahu saya ceritalah.”

Menjengah ruangan komen, netizen bersetuju dengannya bahawa ramai masyarakat yang bersikap dengki serta bersangka buruk.

Ada yang turut menasihatinya agar ‘menutup mata’ dengan komen-komen negatif daripada ‘haters’.

Beberapa orang pula mengakui terhibur dengan cara Lana menjelaskan kisah sebenar itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...