Terkini, ibu kepada pengarah dan pelakon kontroversi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail telah memuat naik satu hantaran video di akaun Instagramnya dengan titipan doa untuk bekas menantunya, Puteri Sarah.
Dalam hantaran yang merupakan kompilasi gambar berserta kapsyen itu, Patimah mengatakan dirinya mendoakan Puteri Sarah agar menemukan kebahagiaan tersendiri bersama anak-anaknya.
Anakanda Puteri Sarah Liyana (PSL) semoga menemui kebahagiaan abadi bersama anak-anak. Mama redha pemergianmu.
View this post on Instagram
Isteri kepada pengarah dan penerbit terkenal, Yusof Haslam ini turut berkongsi gambar cucunya dengan kapsen yang juga mendoakan mereka mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.
Mungkin Puteri Sarah dah mula terima orang baru dalam hidupnya. Datin kena lepaskan dia.
View this post on Instagram
Bagi sudut pandangan netizen pula, mereka menggangap berita Puteri Sarah bersama lelaki lain yang tular itu lah yang membuatkan Patimah rela untuk melepaskan demi kehidupan anak menantunya yang lebih baik.
Selain itu, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.