“Sarah Menangis Teruk, Ingat Masa Depan Gelap” – Puteri Sarah Dedah Hanya Ada Satu Tiub Fallopio, Beri Semangat Pada Wanita

Hiburan

“Sarah Menangis Teruk, Ingat Masa Depan Gelap” – Puteri Sarah Dedah Hanya Ada Satu Tiub Fallopio, Beri Semangat Pada Wanita

Aktres Puteri Sarah Liyana mendedahkan dia hanya mempunyai satu tiub fallopio dan memerlukan tiga tahun untuk pulih emosi sepenuhnya.

Dedah Sarah menerusi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, dia disahkan mengandung kandungan luar rahim atau ectopic pregnancy pada 2014 dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

Advertisement

Sarah pernah keguguran dulu sebelum mengandungkan Syaikhul. Ectopic pregnancy lagi menakutkan. Sakit perut nak pengsan dan nasib baik masa itu cepat pergi hospital. Tak operate cepat-cepat ibu boleh meninggal ya!

sarah

Perkongsian Puteri Sarah dahulu

Selepas kejadian itu, Sarah akui menangis teruk dan mengambil masa tiga tahun untuk pulih sebelum dia mengandungkan Syaikhul Islam.

Ibu kepada dua anak itu bagaimanapun memberikan semangat kepada semua wanita yang alami hamil luar rahim untuk takut kerana ia bukanlah pengakhiran.

Baginya juga pada ketika itu, Sarah merasakan masa depannya gelap kerana menyangka dirinya tidak lagi boleh hamil.

Sarah menangis teruk. Sarah ingat Sarah dah tak boleh pregnant… sebab satu tiub Sarah dibuang maknanya sekarang ini Sarah ada satu tiub saja.

Sarah turut meluahkan rasa syukur kerana diberikan rezeki untuk mengandung dan melahirkan dua cahaya mata selepas kejadian hitam itu meskipun hanya dengan memiliki tiub sahaja.

andi
7 months ago

"Taknak Pisang Berbuah Dua Kali" - Puteri Sarah Nafi Ada Pasangan Baru, Rasa Terlalu Awal Untuk Cari Yang Lain

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...