“Mama Jangan, Sakit!” – Mengadu Pedih Bila Buka Seluar, Bapa Kantoi Jadikan Anak Pemuas Nafsu

Kehidupan

“Mama Jangan, Sakit!” – Mengadu Pedih Bila Buka Seluar, Bapa Kantoi Jadikan Anak Pemuas Nafsu

Viral di laman Facebook, satu hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Natipah Abu yang berkongsi kisah hitam yang terjadi kepada anak kepada satu pasangan suami isteri ini telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi hantaran tersebut, Natipah menceritakan bagaimana kanak-kanak itu telah menjadi mangsa cabul oleh bapa kandungnya sendiri.

Advertisement

Kisah bermula apabila berlaku pertengkaran antara pasangan suami isteri lalu si suami itu telah meminta izin untuk membawa anak mereka ke rumah ibu mertuanya.

cabul

Namun, sebaik pulang dari rumah mertua, anak kecil itu terus memeluk erat si ibu dalam keadaan teresak-esak sambil memberitahu mulutnya sakit sambil menunjukkan mulutnya.

Malah, apabila ditanya apa yang dimaksudkan oleh kanak-kanak tersebut, mangsa telah memegang alat kemaluan ibunya seperti mencari sesuatu.

Berasa tidak sedap hati, si ibu kemudian terus membawa anaknya ke dalam bilik air namun apabila mahu membuka seluar, anaknya tiba-tiba meraung dan menangis.

Mama jangan, pedih! sakit.. abah wat.. abah pegang pet-pet, pungkoq..

cabul

Apa yang lebih menyedihkan, ketika wanita itu ingin memakaikan pampers untuk anaknya yang berusia 2 tahun itu, dia mendapati kemaluan anaknya merah dan berada dalam keadaan yang ‘lain’.

Malah, anaknya sendiri telah menunjukkan sendiri aksi yang diperlakukan terhadapnya kepada wanita itu.

Adik diri, abah duduk macam ni macam ni.. Abah boh ubat mulut ni..

Akhirnya, wanita itu telah memutuskan untuk membawa anaknya ke hospital dan kini sedang dalam proses menuntut keadilan buat anaknya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

wanita hamil kena ignore
3 years ago

"Perut Besar Pun Buat Tak Nampak"- Penat Minta Tempat Duduk Dalam LRT, Ibu Hamil Luah Rasa Kecewa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...