Baru-baru ini tular kontroversi dimana usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Vida memberi kenyataan berkaitan bendera putih yang membuat ramai pihak tidak berpuas hati dan terasa hati kepada dirinya.
Anak perempuannya, Cik B atau nama sebenarnya ialah Edlynn Zamilleen Muhammad Amin turut mengakui bahawa kenyatan yang dibuat oleh ibunya itu agak sedikit kasar.
Mama dengan pendapat mama, saya dengan pendapat saya. Tapi maksud dia sampai bila nak harapkan bantuan, kena fikirkan jalan keluar.
Cuma saya rasa cara mama cakap dengan dialek Kelantan tu memang agak kasar.
View this post on Instagram
Apabila ditanya soal bantuan yang dilakukan olehnya dan adik, Kacak atau Muhammad Eric Zaquan, dia berkata sekarang ini mereka sedang cuba untuuk membantu masyarakat di sekitar Ipoh, Perak.
Suka tengok orang happy.. apabila kita berikan sesuatu dan mereka hargainya, mereka akan doakan kita pula.
Sedia maklum, Dato’ Vida sebelum ini teruk dikecam orang ramai apabila menegur masyarakat agar tidak terlalu berharap pada bantuan bendera putih dan tidak malas untuk mencari sumber pendapatan sendiri.