Malu-Malu Ketika Menari, Peminat Teruja Nampak ‘Baby Bump’ Intan Ladyana

Hiburan

Malu-Malu Ketika Menari, Peminat Teruja Nampak ‘Baby Bump’ Intan Ladyana

Pelakon, Intan Ladyana dilihat menari bersama suaminya yang juga pelakon, Harris Alif menerusi sebuah video yang mencuri perhatian ramai apabila jelas kelihatan bentuk ‘baby bump’ pada perutnya.

Menerusi video yang dimuat naik dalam laman Instagram milik pelakon, Dazrin Kamaruddin itu, kelihatan Intan, Harris, Dazrin dan seorang lagi individu sedang menari sejenis tarian joget tradisional.

Advertisement

Difahamkan video tersebut dirakam ketika pelakon berusia 39 tahun itu berkunjung ke kedai menjual karpet milik Dazrin di Shah Alam, Selangor.

“Terima kasih kerana datang @intanladyana, @harrisalif,” tulis Dazrin dalam ruangan kapsyen.

Aksi malu-malu Intan ketika menari menarik perhatian netizen apabila memerhatikan bentuk perutnya yang kelihatan seperti sedang hamil.

Meninjau dalam ruangan komen, rata-rata peminat telah meninggalkan komen teruja melihat ‘baby bump’ Intan.

“Comelnya ‘baby bump’ @intanladyana,” tulis seorang pengguna Instagram.

“Alhamdulillah nampak ‘baby bump’,” kata seorang lagi netizen.

Info tambahan, Intan dan Harris telah mendirikan rumah tangga pada 4 Februari lalu di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.

Intan Ladyana Harris Alif
2 years ago

10 Bulan Bergelar Suami Isteri, Rezeki Intan Ladyana Dan Harris Alif Lebih Luas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...