10 Bulan Bergelar Suami Isteri, Rezeki Intan Ladyana Dan Harris Alif Lebih Luas

Hiburan

10 Bulan Bergelar Suami Isteri, Rezeki Intan Ladyana Dan Harris Alif Lebih Luas

Pasangan selebriti terkenal, Intan Ladyana dan suami Harris Alif mengakui tempoh 10 bulan bergelar suami isteri sebagai sesuatu yang cukup manis ketika ini, perkongsian hidup mereka juga turut disusuli dengan pelbagai kisah indah.

Intan Ladyana
2 years ago

'Baby Bump' Jelas Kelihatan, Intan Ladyana Didakwa Sedang Hamil Oleh Peminat

Advertisement

Berkongsi kehidupan selepas berkahwin, Intan berkata fokusnya kini lebih kepada keluarga. Malah, kehidupan sebagai isteri juga menuntut dia untuk lebih teliti sebelum menerima apa-apa tawaran dalam memastikan tidak mengganggu tanggungjawab utamanya.

Memang ada yang berubah selepas berkahwin pastinya keutamaan saya kepada keluarga kini. Pada tempoh sekarang juga saya lebih banyak menghabiskan masa di rumah.

Jelas Intan, 39, fokusnya kini bukan kepada kerjaya saja tetapi juga keluarga, jadi dia perlukan kehidupan yang seimbang. Oleh itu, dia agak memilih tawaran selepas berkahwin kerana selepas bergelar isteri, tanggungjawab utamanya adalah untuk menguruskan keluarga.

Alhamdulillah rezeki selepas berkahwin itu lebih murah. Saya juga perlu fokus kepada perniagaan produk wangian yang diusahakan kami di bawah jenama Anugerah.

Menurut Intan, dia dan suami bersyukur apabila diberi peluang oleh syarikat Nori Malaysia Sdn Bhd untuk memperkenalkan produk wangian mereka.

Ketika ini produk kami sudah berada di lapan cawangan Aeon di seluruh negara. Insya-Allah pada tahun ini juga produk kami akan berada di lima lokasi lain antaranya di Pantai Timur.

Anugerah sudah mempunyai dua produk iaitu Anugerah Body Mist dan Anugerah Fantasy. Malah, Intan dan suami juga dalam rancangan untuk memperkenalkan Anugerah Man.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...