Jutawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan bahawa dia tekad untuk memperlahankan aktiviti di media sosial dan enggan lagi melakukan gimik murahan bagi menarik perhatian warga maya.
Ujar Aliff, dia sedar kini anak-anaknya juga sudah makin membesar dan mahu lebih memberi tumpuan kepada perniagaan yang diusahakannya kini.
Katanya lagi, pada awalnya dia hanya ingin mengejar populariti dan sejak enam bulan kebelakangan ini, Aliff juga kelihatan lebih selesa mendiamkan diri dari sebarang kontroversi.
Sejujurnya saya dah tak suka dengan kamera! Kalau nak cari kontroversi mudah sahaja, asal ada orang buat isu saya boleh saja menyelit sebab followers saya tinggi, bukan nak riak tapi tulah hakikatnya.
Hanya ingin mencapai ketenangan hidup, Aliff berkata dia kini tidak sanggup lagi terpalit dengan sebarang isu panas kerana memikirkan usianya yang semakin meningkat.
Jelas Aliff, kontroversi yang pernah melandanya dahulu membuatkan dirinya menjadi malu dengan anak-anak dan boleh mencemarkan imejnya sebagai seorang bapa.
Saya nak jaga reputasi saya sebagai bapa. Saya mahu hubungan perkahwinan saya dan isteri berkekalan. Saya nak rasa dihormati oleh isteri, anak-anak dan masyarakat.
Akhiri penyanyi lagu Coba ini, dia enggan dikenali sebagai orang tua tidak sedar diri dan hanya ingin mencari rezeki bagi menyara anak-anak serta menjalankan perniagaan dengan baik, jauh dari sebarang gimik murahan yang boleh memakan diri.
“Saya fikir sekarang ini masa untuk saya jadi ahli perniagaan sebenar bukan nak gelenya-gelenya (gedik). Saya tak nak dah! Nanti orang kata orang tua tak sedar diri.” kata Aliff.