Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia kini tidak mampu untuk melaksanakan sekatan pergerakan ‘lockdown’ sekali lagi terutamanya dari segi ekonomi dan juga kebajikan rakyat.
Ujar Khairy menerusi satu untaian di Twitter miliknya., kerajaan kini memilih strategi mitigasi bagi menyekat penularan wabak COVID-19 dalam masyarakat.
Namun begitu, Khairy mengakui pendekatan negara China melaksanakan lockdown berkesan namun strategi mereka iaitu containment (pembendungan) atau zero COVID bermaksud sekatan sepenuhnya bila ada hanya tiga kes positif.
Tidak dinafikan pendekatan China berkesan. Namun strategi mereka iaitu ‘containment’ atau ‘zero COVID’ bermaksud total lockdown bila ada hanya tiga kes positif. Malaysia tidak mampu dari segi ekonomi & kebajikan rakyat untuk lockdown. Strategi kita ‘mitigation. https://t.co/jjGXovLIJz pic.twitter.com/Fz5pPx5huC
— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) January 9, 2022
Jelasnya lagi, Malaysia telah menguruskan kes positif dengan berkesan berikuta kadar vaksinasi yang tinggi selain sering mengingatkan rakyat agar sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) agar kadar kematian, penggunaan Unit Rawatan Rapi dan juga kemasukan ke hospital dapat dikurangkan.
Sementara itu, Khairy juga menzahirkan sokongan penuh kepada Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam menjalankan tugasnya.
Kenyataan itu dikeluarkan Menteri Kesihatan itu sebagai reaksi kepada kenyataan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing yang mempersoalkan tanggungjawab Dr Noor Hisham yang asalnya seorang pakar bedah dan tidak mempunyai latar belakang dalam bidang kepakaran kesihatan awam.