Malas Bantu Isteri Buat Kerja Rumah Jadi Punca Cerai, Fizi Ali Jawab Tuduhan Netizen

Hiburan

Malas Bantu Isteri Buat Kerja Rumah Jadi Punca Cerai, Fizi Ali Jawab Tuduhan Netizen

Media tempatan hiburan baru-baru ini dikejutkan dengan berita penceraian penyampai radio Fizi Ali dan juga pelakon Syakilla Khoriri pada 15 Disember lalu.

Masih dalam proses bertenang selepas penceraian, Fizi tampil menjawab tuduhan sesetengah netizen yang didakwa bersikap lepas tangan dalam urusan rumah tangga mereka sebelum ini.

Advertisement

Penyampai radio Suria FM berkata isu itu tidak pernah langsung timbul dan bukanlah punca dia dan Syakilla mengambil keputusan untuk bercerai.

Kepada orang yang tak tahu apa sebenarnya berlaku dalam rumah tangga kami, tak perlu nak buat spekulasi yang bukan-bukan.

Ujar Fizi atau nama sebenarnya Hafizudin Alimudin,32, sesetengah netizen beranggapan dia tidak pernah menolong bekas isterinya itu membuat kerja rumah apabila dia tidak pernah memuat naik perkara tersebut di media sosialnya.

“Apabila mereka kata Killa yang buat segala-galanya, takkan saya nak basuh seluar dalam pun saya nak kena tunjuk dekat IG..” katanya kesal.

Sekadar info, Fizi dan Syakilla telah mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia yang kini berusia dua tahun.

Fizi Ali Shakilla Koriri
3 years ago

Bawa Haluan Masing-Masing, Fizi Ali Dan Shakilla Koriri Bercerai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...