Berita kehamilan Datuk Siti Nurhaliza adalah satu perkara yang ditunggu-tunggu jutaan peminat, lebih-lebih lagi selepas beliau keguguran pada 2 tahun lalu. Sudah pasti ramai yang teruja dan ingin memberitahu kebenaran apabila laman sosial Siti Nurhaliza dipenuhi dengan ucapan tahniah atas kehamilan. Ini semua gara-gara terbocornya maklumat ujian darah kononnya milik individu bernama Siti Nurhaliza Tarudin.
Berdasarkan ujian makmal dan laporan pemeriksaan terhadap sample atas nama “Siti Nurhaliza Taruddin”, individu itu dikatakan hamil antara empat dan lima minggu. Akan tetapi, tidaklah diketahui sama ada nama tersebut merujuk kepada penyanyi nombor 1 Malaysia ataupun individu lain. Walaupun belum disahkan, berita ini sudah cukup menggembirakan dan mengujakan para peminat Siti Nurhaliza. Sebab itulah ratusan jutaan tahniah telah pun diterima oleh beliau di laman sosial.
Dalam pada itu suami kepada Siti Nurhaliza iaitu Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa dalam satu kenyataan kepada akhbar Kosmo pada Rabu meminta spekulasi berhubung berita itu dihentikan. Katanya, selama 11 tahun bernikah pihaknya memang inginkan anak dan meminta semua pihak berdoa untuk tujuan itu. Sama-sama kita nantikan pengesahan daripada empunya badan. Buat masa ini, kita doakanlah agar Siti Nurhaliza dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri. Amin. Sumber Mstar Online.