Written by AbangNara | December 1st, 2015

Sedihnya Abang Nara mendengar berita ini. Siti Nurhaliza telah memaklumkan yang dirinya mengalami keguguran. Kandungan tersebut berusia 2 bulan. Berita sedih ini telah dikongsi oleh beliau menerusi akaun Instagramnya pagi tadi. Semoga Siti Nurhaliza dan keluarga bertabah dengan dugaan ini.

siti nurhaliza gugur

Tulis Siti Nurhaliza panjang lebar:-

Bismillahirahmannirohhim … Tanggal 1hb Dec … Rasanya sudah sampai waktu & ketika yg sesuai utk Ct kongsikan dengan peminat & followers tersayang..

Mula mula Ct ingin sangat berkongsi cerita indah namun Ct percaya semua dugaan ada hikmah dariNYA..Ini semua meningkatkan lagi keimanan Ct kepada PENCIPTA Ct..

Memang tak mahu menafikan berita kehamilan kerana ia Anugerah terindah yg lama Ct nantikan dan sudah pastinya peminat yg mendoakan juga..Nak mengiyakan pun takut , kerana Anugerah ini terlalu baru dan ‘FRAGILE’ untuk di hebahkan.Hanya memohon masa yang sesuai..

Ternyata , Allah SWT pinjamkan Anugerah ini utk seketika..sempat 2 bulan Ct kandungkan dan Ct keguguran..Ct Redha dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT beri Ct jawapan diatas doa Ct.. inshaAllah semoga ia permulaan untuk Anugerah yang seterusnya..

Terima Kasih Suami,Keluarga & sahabat yg memberi kata semangat & peminat yg sentiasa mendoakan Ct..Ct yakin pada Perancang Terbaik dalam hidup Ct iaitu Allah SWT..Selepas habis proses berpantang ni Ct akan menjalani kegiatan seperti biasa..

kena masuk Gym balik dan beberapa acara di jakarta( plan asal shooting di KL sbb pregnant). Buat sahabat2 saya iaitu peminat & Followers saya…teruskan doa yang baik2 ye..mana tahu dalam berjuta ,ada yang makbul doanya..

Ct pun mendoakan agar Allah SWT kurniakan Anugerah terbaik buat anda tak kiralah dalam apa bentuk yg anda inginkan.. sekian catatan panjang lebar dari saya & semoga semuanya sudah jelas. Buat masa ini, izinkan Ct untuk berehat sebelum mula bekerja seperti biasa. Terima Kasih Allah …Wassalam..

siti nurhaliza

Pasti seluruh Malaysia bersedih dengan berita ini. Abang Nara yakin ada hikmah di sebalik semua ini. Diharap Datuk Siti Nurhaliza tidak stress. Insya Allah ada rezeki di masa hadapan. Sama-sama kita doakan yang terbaik. Amin.
siti nurhaliza gugur

P.S: Murahnya telekung cotton ekslusif. Tengah harga promosi sekarang ini. 1 helai RM79, 2 helai RM150, 3 helai Rm220. Penghantaran adalah PERCUMA ke seluruh Malaysia. Siap ada beg lagi untuk mudah dibawa ke mana-mana. Ada 2 warna pilihan iaitu putih dan krim. Sila LIKE Facebook GudangMY atau SMS/Whatsapp ke 019-2361-986 untuk melakukan pembelian. Lihat lebih banyak gambar di Instagram @gudangMY

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

213 responses to (TAKZIAH)Siti Nurhaliza Keguguran

  1. salmah says:

    duduk diam2 dan jgn asyik nak nyanyi. badan bukannya kuat pun.
    lemak byk sgt tu. punggung perut pun besar. cuba kuruskan sikit

  2. salmah says:

    duduk rumah buat anak je lah ct.
    suara pun dah out. byk lagi suara sedap di luar sana
    bkn main ligat lagi masa pantang tu