Makin Ramai Orang Islam ‘Excited’ Pergi Konsert, Siap Sanggup Habiskan Duit Demi Tiket, Ini Pandangan Ulama

Kehidupan

Makin Ramai Orang Islam ‘Excited’ Pergi Konsert, Siap Sanggup Habiskan Duit Demi Tiket, Ini Pandangan Ulama

Seperti yang ramai ketahui, semakin hari semakin ramai artis dari luar negara yang bakal mengadakan konsert jelajah di Malaysia.

Malah, konsert mereka mendapat sambutan baik daripada rata-rata peminat di negara ini sehingga ada yang sanggup berhabisan duit untuk membeli tiket serta beratur panjang untuk menyaksikan persembahan artis kegemaran.

Advertisement

Bagaimanapun, menurut lama web Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat beberapa golongan ulama dan fuqaha’ yang mengharamkan alat muzik dan cuma ada sebahagian mereka yang mengharuskan alat muzik tertentu dalam keadaan tertentu.

Fatwa-Fatwa Dan Pandangan Ulama Kontemporari

1. Fatwa Dar al-Iftaa’ Misriyyah

Nyanyian adalah satu bentuk komunikasi dan susunan perkataan. Secara amnya, ianya terbahagi kepada dua, iaitu yang diharuskan dan yang diharamkan. Jika nyanyian menggunkan perkataan yang baik maka ianya baik, perkataan yang buruk maka ianya menjadi buruk.

Terdapat pandangan para ulama yang mengharamkan sebahagian alat muzik adalah kerana alat muzik itu dimainkan untuk menggalakkan aktiviti maksiat, dan bukan kerana sifatnya sebagai alat muzik semata-mata.

Mendengar muzik dan nyanyian serta menghadiri konsert adalah harus jika lagu-lagu yang dimainkan berunsur keagamaan dan menyeru kepada patriotisme dan semangat kenegaraan, atau yang menzahirkan kegembiraan sempena perayaan.

konsert

2. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-2 yang bersidang pada 12-13 Mei 1981 telah membuat keputusan seperti berikut:

Nyanyian yang mengunkaan senikata baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus.

Namun, sekiranya nyanyian menggunakan senikata tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram.

konsert

3. Fatwa Syeikh Dr. Yusof al-Qaradhawi

Nyanyian yang disepakati haram ialah nyanyian yang melibatkan maksiat atau mempunyai unsur mengajak ke arah maksiat.

Adapun yang disepakati harus pula ialah nyanyian yang menjurus ke arah naluri fitrah yang dialunkan untuk dirinya, nyanyian sesama suami isteri atau sesama kanak-kanak.

konsert

Kesimpulannya, nyanyian dan muzik bukanlah satu perkara yang boleh dihukumkan sebagai harus secara mutlak, atau diharamkan secara mutlak.

Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, yang mengharamkan muzik dan nyanyian telah menyatakan alasan dan hujah mereka secara terperinci, manakala yang mengharuskan pula menetapkan syarat-syarat dan garis panduan yang mesti dipatuhi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Didakwa Sokong Golongan 'Pelangi', PAS Gesa Kerajaan Batalkan Konsert Coldplay

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...