Didakwa Sokong Golongan ‘Pelangi’, PAS Gesa Kerajaan Batalkan Konsert Coldplay

Hiburan

Didakwa Sokong Golongan ‘Pelangi’, PAS Gesa Kerajaan Batalkan Konsert Coldplay

Ahli jawatankuasa kerja pusat PAS, Nasrudin Hassan meminta kerajaan untuk membatalkan konsert kumpulan penyanyi dari British iaitu Coldplay yang bakal diadakan pada November nanti.

Menurutnya, persembahan kumpulan penyanyi itu tidak membawa sebarang kebaikan untuk agama, bangsa dan negara ini.

Advertisement

Bukan itu sahaja, Nasrudin turut mempersoalkan sekiranya tindakan kerajaan itu bertujuan untuk menyuburkan budaya hedonisme dan songsang.

Batalkan persembahan kumpulan ini. Tiada manfaatnya untuk negara dan rakyat.

Apakah kerajaan bermaksud mahu menyuburkan budaya hedonisme dan songsang dalam negara ini?

Dalam pada itu, Nasrudin juga memuat naik hantaran di Instagram memaparkan vokalis utama Coldplay iaitu Chris Martin yang sedang memegang bendera ‘pelangi’ ketika mengadakan konsert mereka di negara lain.

Difahamkan, konsert tersebut telah diumumkan sejak Oktober 2021 lalu sebagai promosi kepada album kesembilan mereka Music of the Spheres.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

anwar the untold story
12 months ago

"Skrip Merapu, Pelakon Utama Tak Capai Standard" - 'Rating' Anwar The Untold Story Hanya Dapat 1 Bintang?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...