“Skrip Merapu, Pelakon Utama Tak Capai Standard” – ‘Rating’ Anwar The Untold Story Hanya Dapat 1 Bintang?

Hiburan

“Skrip Merapu, Pelakon Utama Tak Capai Standard” – ‘Rating’ Anwar The Untold Story Hanya Dapat 1 Bintang?

Sedia maklum, filem Anwar The Untold Story yang mengangkat kisah sebenar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dimana dilakonkan oleh pelakon hebat, Farid Kamil, Acha Septriasa, serta ramai lagi.

Filem ini merupakan antara yang dinantikan oleh para peminat filem bergenre biografi, lagi-lagi ia membangkitkan isu-isu sebenar yang terjadi pada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Advertisement

Bagaimanapun, baru-baru ini terdapat seorang individu di Twitter merasakan filem Anwar The Untold Story tidak mencapai standard seperti yang dibayangkan dan hanya memberi 1 bintang untuk rating.

Menurut individu tersebut, skrip yang digunakan dalam filem itu merapu, malah turut berkata lakonan pelakon utama perlu diperbaiki lagi.

Individu itu juga merasakan filem Anwar The Untold Story patut ‘diperam’ dahulu sebelum ditayangkan di pawagam agar hasilnya akan lebih baik daripada ini.

Dalam pada masa yang sama, individu tersebut turut berharap agar penerbit-penerbit di Malaysia memperbanyakkan lagi filem biopik seperti ini.

1 year ago

'Upload' Gambar 'Shooting', Ramai Netizen Tak Sabar Tonton Farid Kamil & Acha Septriasa Berganding Dalam Filem Biopik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...