“Makin Popular Makin Hilang Rasa Malu” – Sharifah Rose Dikecam Kerana ‘Scene’ Sarung Cincin

Hiburan

“Makin Popular Makin Hilang Rasa Malu” – Sharifah Rose Dikecam Kerana ‘Scene’ Sarung Cincin

Nama pelakon baru, Sharifah Rose sering kali menjadi sebutan dan meraih perhatian disebabkan isu-isu yang kurang enak didengar.

Jika sebelum ini, dia yang mesra dipanggil Rose selalu mendapat kritikan kerana tidak menutup aurat dengan sempurna, kali ini pelakon itu dikecam kerana bersentuhan dengan hero di dalam drama.

Advertisement

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di reels Instagram, Rose telah menunjukkan video yang dirakam di balik tabir ketika dia dan Nabil Aqil melakonkan babak kahwin dalam drama Ku Punya Hati.

Tujuan Rose berkongsi video itu pada mulanya adalah disebabkan mahu menunjukkan keadaan dia menahan gelak kerana watak ustaz tersebut salah menyebut namanya.

Bagaimanapun, video itu mendapat kritikan daripada netizen disebabkan babak menyarung cincin di mana Rose dan Nabil dilihat bersentuhan.

Sesetengah netizen dilihat meninggalkan komen tentang hal tersebut. Ada yang memerlinya dan berkata Rose lupa agama selepas menjadi semakin popular selain ada yang menasihatinya untuk menjaga batas.

Ada yang luahkan rasa kecewa kerana mereka suka dengan Rose tetapi apabila dia mempermainkan isu agama sebegitu, dia berpendapat sudah tiba masanya untuk unfollow artis ini.

Sekadar info, drama lakonan Sharifah Rose dan Nabil Aqil bertajuk Ku Punya Hati mula ditayangkan pada 4 Ogos lalu dan mempunyai 28 episod kesemuanya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending lain pada pautan di bawah.

sharifah rose bersuara isu tayang aurat
4 bulan lalu

"Terpulang Netizen Nak Gembar-Gemburkan" - Ditegur 'Tayang' Aurat Leher, Sharifah Rose Akui Masih Belum Sempurna

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. jenab_jay

    August 21, 2022 at 8:33 am

    First time tgk lakonan dia dlm dylmc masa bulan puasa..tak pernah tau dia ni retis…

  2. taksukasharifahrose

    August 19, 2022 at 10:26 am

    Aku pelik dia ni selalu masuk drama prime time. Pdhal berlakon tak best pun…hewwww
    Ada satu drama tu aku punya minat redza rosli pun aku sanggup tak tengok sbb dia yg jd heroin huuuuuu

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...