“Terpulang Netizen Nak Gembar-Gemburkan” – Ditegur ‘Tayang’ Aurat Leher, Sharifah Rose Akui Masih Belum Sempurna

Hiburan

“Terpulang Netizen Nak Gembar-Gemburkan” – Ditegur ‘Tayang’ Aurat Leher, Sharifah Rose Akui Masih Belum Sempurna

Pempengaruh media sosial serta pelakon baru di industri seni iaitu Sharifah Rose membuka mulut soal ditegur oleh netizen baru-baru ini mengenai aurat leher seperti di dalam foto yang dimuat naik oleh jurusolek terkenal, Khir Khalid di Instagram.

Sharifah sendiri mengakui tidak menutup aurat dengan sempurna itu adalah kekurangan diri sendiri dan turut bersifat terbuka seandainya ada yang mengecam dia mengenai foto terbarunya itu.

Advertisement

 Terpulang kalau netizen nak gembar-gemburkan tentangnya. Netizen nak cakap itu ini, saya tidak mempunyai kuasa nak tutup mulut mereka.

Melalui temubual bersama pihak Kosmo, pelakon terbabit turut memaklumkan dirinya masih mencuba yang terbaik untuk menutup aurat dengan sempurna seperti tuntunan agama Islam.

Dia turut sedar kadang-kala ketika berhijab, rambut masih kelihatan dan dipertontonkan kepada orang ramai dan disebabkan itu, Sharifah memohon maaf andai hal berkenaan membuatkan ramai pihak berasa kurang senang.

Sekadar info, nama Sharifah Rose menjadi topik utama bualan orang ramai setelah jurusolek profesional, Khir Khalid memuatnaik foto pelakon itu dengan mekap minimalis sambil bertudung turban hingga menampakkan leher serta anak rambutnya sedikit.

2 years ago

"So Apa Masalah Kau?!" - Netizen Tegur Aurat Sharifah Rose 'Tayang' Leher, MUA Terkenal 'Sound' Balik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...