Makin Banyak Kes Dilaporkan, Ini Fakta Tentang ‘Monkeypox’ Semua Kena Ambil Tahu

Berita

Makin Banyak Kes Dilaporkan, Ini Fakta Tentang ‘Monkeypox’ Semua Kena Ambil Tahu

Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan jangkitan penyakit yang jarang sekali didengar iaitu Monkeypox.

Jadi apa itu sebenarnya ‘monkeypox’? Hari ini kami akan memberitahu pembaca sedikit sebanyak fakta tentang apa itu penyakit ‘monkeypox’.

Advertisement

‘Monkeypox’ sebenarnya merupakan satu penyakit yang jarang-jarang berlaku dan disebabkan oleh ‘monkeypox virus’ yang juga merupakan keluarga bagi ‘smallpox’.

Virus ini umumnya berlaku di kawasan pedalam Tengah dan Barat Afrika, virus juga dikatakan kali pertama dikesan pada tahun 1958 daripada monyet-monyet yang ditangkap dan kes pertama yang berlaku kepada manusia adalah pada tahun 1970.

Jadi mungkin anda tertanya-tanya bagaimana seseorang individu itu boleh dijangkiti monkeypox?

Seseorang individu itu boleh dijangkiti monkeypox apabila dia merupakan kontak rapat dengan seseorang individu, haiwan ataupun benda yang telah dijangkiti virus tersebut.

Virus juga dikatakan boleh memasuki badan melalui luka, salur pernafasan ataupun melalui mata, hidung mahupun mulut.

Selain itu, jangkitan daripada satu manusia kepada manusia yang lain juga biasanya berlaku kerana komunikasi secara bersemuka dan jangkitan daripada haiwan selalunya berlaku daripada gigitan ataupun cakaran.

Seterusnya, monkeypox tidak dikira sebagai ‘sexually transmitted disease‘ (STD) walaupun boleh berjangkit semasa melakukan hubungan seks.

Simptom-simptom yang mungkin dialami jika seseorang itu dijangkiti oleh monkeypox ialah demam, sakit kepala, sakit otot, bengkak-bengkak dan juga sakit belakang.

Individu yang dijangkiti biasanya akan tumbuh ruam selepas satu hingga tiga hari selepas demam, dan ruam selalunya akan bermula dari muka dan merebak ke bahagian badan lain seperti tapak tangan dan tumit kaki.

Ruam juga dikatakan boleh menyebabkan kegatalan dan mempunyai beberapa fasa sebelum kudis tanggal dengan sendirinya.

Infeksi terhadap penyakit ini juga dikatakan biasanya berpanjangan sehingga dua ke empat minggu.

Walaupun kes masih lagi sedikit buat masa ini, tiada rawatan yang tepat ataupun vaksin yang dibuktikan untuk memberhentikan gejala monkeypox.

Kes-kes luar daripada negara Afrika juga jarang-jarang berlaku dan kes yang berlaku selalunya dikaitkan dengan pengunjung-pengunjung dari luar ataupun haiwan-haiwan yang diimport.

Kes yang pernah berlaku di luar daripada Afrika yang direkodkan adalah di negara U.K, U.S dan Singapore pada tahun 2019 dan kes itu merupakan kes import daripada seorang lelaki Nigeria.

perpustakaan cantik
2 years ago

"Ini 'Library' Ke Istana?" - Jom Kenali 5 Perpustakaan Tercantik Di Dunia Ini!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : CNBC

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...