“Makin Banyak ‘Eksiden’ Lepas Ni..” – Selaraskan Lesen Motosikal Untuk Semua Kelas, Usul PPDM Dipertikai Netizen

Berita

“Makin Banyak ‘Eksiden’ Lepas Ni..” – Selaraskan Lesen Motosikal Untuk Semua Kelas, Usul PPDM Dipertikai Netizen

Sekitar awal bulan Februari lalu, Penyatuan Pemain Industri Pengangkutan Darat Malaysia (PPDM) ada mengemukakan cadangan penyelarasan lesen motosikal yang terdiri daripda kelas B, B1, B2, dan C menjadi satu lesen sahaja.

Perkara tersebut diusulkan ketika Majlis Penyerahan Memorandum PPDM kepada Perdana Menteri dan juga ketua-ketua parti politik dan ianya telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Advertisement

https://www.tiktok.com/@kamalppdm1/video/7068629627706641691

Ada yang berpendapat bahawa usul tersebut adalah baik kerana ianya dapat memudahkan orang ramai membawa pelbagai kapasiti enjin motosikal dengan hanya satu lesen sahaja.

Namun begitu, ada yang kurang bersetuju dengan cadangan tersebut kerana setiap motosikal hadir dengan kapasiti enjin yang memerlukan pengendalian dan kemahiran yang berbeza.

Makna kata, kemalangan jalan raya boleh terjadi sekiranya motosikal berkuasa tinggi dipandu oleh orang yang tidak berpengalaman.

Komen LesenSumber : TikTok 

Ramai la yang ‘eksiden’, ingat skill bawa motor kuasa tinggi sama ke dengan dengan motosikal biasa. – netizen

Selain itu, PPDM turut mengutarakan perkara lain seperti harga yuran bagi pengambilan lesen motosikal tidak melebih RM400 dan motokar pula tidak melebihi RM800.

Dalam pada itu, pihak mereka juga ingin mewujudkan kesama rataan di antara pemandu teksi dan e-hailing, membela nasib pemandu lori dan bas, mengurangkan pemeriksaan Puspakom untuk lori dan bas menjadi sekali setahun, serta lesen PSV dan GDL boleh diperbaharui sehingga 5 tahun.

Pukul sambil silat
2 years ago

"Terpaling Silat.." - Lelaki Ini Belasah Pemandu Van Pakai 'Buah Silat' Sehingga Tersungkur Di Jalan Raya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Vocket

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...