“Terpaling Silat..” – Lelaki Ini Belasah Pemandu Van Pakai ‘Buah Silat’ Sehingga Tersungkur Di Jalan Raya

Kehidupan

“Terpaling Silat..” – Lelaki Ini Belasah Pemandu Van Pakai ‘Buah Silat’ Sehingga Tersungkur Di Jalan Raya

Tular di media sosial baru-baru ini apabila sebuah insiden pergaduhan telah berjaya dirakam orang awam di mana ia melibatkan pemandu Proton Saga dan juga sebuah van yang dipercayai berlaku di PUJ 3, Taman Bukit Jalil.

Dalam video tersebut, seorang lelaki memakai topi sedang memarahi pemandu van yang masih berada dalam kenderaannya.

Advertisement

Anda boleh lihat videonya di sini.

Difahamkan, pemandu van tersebut telah melanggar bahagian belakang Proton Saga miliknya. Lelaki bertopi itu kemudian bertindak menumbuk tingkap van tersebut.

TiktokSumber : Facebook  
TiktokSumber : Facebook  

Pemandu van terbabit dilihat tidak memberi sebarang respon dan membuatkan lelaki bertopi itu menarik keluar pemandu berkenaan dan terus membelasahnya dengan ‘pencak silat’ sehingga tersungkur di atas jalan raya.

Ketika pemandu van tersebut terbaring kesakitan, lelaki bertopi itu segera masuk ke dalam van tersebut untuk memberhentikannya daripada terus bergerak secara mengundur.

Melihat ke bahagian komen hantaran video tersebut, ramai netizen tampil mempertikaikan tindakan lelaki itu yang memukul pemandu van tersebut meskipun dia menjadi mangsa pelanggaran dalam insiden tersebut.

Komen FacebookSumber : Facebook  

“Bincang la dengan baik bukan nak tunjuk hero pukul-pukul orang..” tulis seorang netizen.

Kata pengguna media sosial lagi, tindakan lelaki bertopi itu boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain dan dia tidak sepatutnya menyalahgunakan ilmu mempertahankan diri terhadap orang yang lebih lemah.

Masak nasi goreng atas tilam
2 years ago

"Kembang Tekak Weh.." - Lelaki Ini Masak Nasi Goreng Atas Tilam, Pakai Seterika Demi Konten Media Sosial

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...