Baru-baru ini, tular satu video di Facebook dan TikTok memaparkan dua orang pelajar yang meluahkan rasa tidak puas hati selepas menjawab kerta soalan Sejarah SPM.
Setelah tular di serata platform media sosial, difahamkan dua pelajar berkenaan telah pun ditahan oleh pihak polis dan dfiahamkan, mereka ditahan selepas menerima laporan daripada guru wanita berusia 53 tahun.
Pelajar itu turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pembuat kertas soalan dan menghina Singapura.
Hina pembuat kertas soalan Sejarah, dua remaja ditahan
Hulu Selangor: Polis menahan dua remaja lelaki bagi membantu siasatan video tular membabitkan pelajar sekolah menengah yang tidak berpuas hati terhadap kertas soalan Sejarah pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). pic.twitter.com/DdXg6I7S7p
— nan manjoi8715 (@nanmanjoi8715) February 25, 2023
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata telefon bimbit iPhone 11 telah dirampas dan ujian saringan air kencing mereka juga dikatakan negatif serta tiada rekod lampau.
Tambahnya lagi, beliau meminta orang ramai untuk berhenti dari menyebarkan video yang mendatangkan perbalahan daripada kalangan netizen itu.
Sekadar info, setelah sedar video mereka menerima kecaman teruk daripada kalangan warganet, pelajar berkenaan tampil memuat naik video memohon maaf.