Marah Kerana Kantoi Ditangkap Simpan Bahan Porno, Pelajar Madrasah Fitnah Mudir Lakukan Serangan Seksual

Kehidupan

Marah Kerana Kantoi Ditangkap Simpan Bahan Porno, Pelajar Madrasah Fitnah Mudir Lakukan Serangan Seksual

Berita ini membuktikan bahawa ternyata semudah itu pelajar sanggup melemparkan fitnah terhadap seorang mudir di madrasah tempat mereka belajar.

Anuar Che Ani dibebaskan daripada tiga tuduhan serangan seksual serta dilepas tanpa dibebaskan bagi dua lagi tuduhan terhadapnya.

Advertisement

Mudir berusia 36 tahun itu mengaku tidak bersalah pada 18 November 2021 kerana melakukan serangan seksual terhadap lima pelajar berusia 11 hingga 14 tahun di sebuah madrasah di sini, antara April 2018 hingga Oktober 2021.

Difahamkan, Anuar dilepas dan dibebaskan selepas seorang mangsa mengakui membuat laporan palsu terhadapnya dalam satu soal balas perbicaraan.

Sementara itu, atas permintaan pendakwaan Hakim Mahkamah Sesyen Mirza Mohamad melepas tanpa membebaskannya bagi dua lagi kes, selepas dua saksi yang sepatutnya memberi keterangan gagal hadir.

Mengejutkan, ketika perbicaraan itu saksi pertama memberitahu mahkamah sewaktu soal balas bahawa dia dan empat rakannya itu telah membuat tuduhan palsu.

Ia selepas saksi berasa sakit hati kerana Anuar menangkap mereka menyimpan bahan pornografi di madrasah pengajian berkenaan.

Terdahulu, Anuar didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan dibenarkan jaminan sebanyak RM50,000.

Dalam pada itu, warganet rata-ratanya bercerita tentang tindakan kesemua pelajar tersebut yang tergamak memfitnah guru mereka.

Rata-ratanya mengasihani mudir tersebut kerana dimalukan, difitnah dan hilang kepercayaan orang luar selepas difitnah oleh muridnya sendiri.

1 year ago

Didakwa Cuba Hasut Rakyat, Aeril Zafrel Nafi Ambil 'Job' Berbayar Sokong PN - "Stop La Fitnah Kami.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...