“Make-Up SFX Tu” – DUKE Mohon Bantuan Kerana Sakit Kulit, Tapi Ada Netizen Dakwa Hanya Lakonan?

Hiburan

“Make-Up SFX Tu” – DUKE Mohon Bantuan Kerana Sakit Kulit, Tapi Ada Netizen Dakwa Hanya Lakonan?

Pada mulanya, ramai pihak yang menyangkakan hantaran yang dilakukan oleh pendakwah terkenal iaitu Ustaz Kazim Elias yang memaparkan bahagian tangannya adalah sekadar lakonan saja kerana beliau sedang ‘shooting’ sebuah filem arahan Mawi baru-baru ini.

Malah, netizen berkenaan juga berkata kesan-kesan yang ada ditangan Ustaz Kazim itu hanyalah ‘make-up’ semata-mata dan ia bukanlah hal sebenar.

Advertisement

Bagaimanapun, apa yang dilihat oleh netizen foto tangannya itu adalah apa yang beliau sedang lalui sekarang ini tetapi tidak tahu punca ianya berlaku dan masih misteri.

Kelihatan tangan Ustaz Kazim mempunyai kesan parut warna kehitaman dan beliau merayu bagi mana-mana pihak yang boleh mengubati penyakit misteri yang dialami olehnya ini kerana sudah ‘penat’ menanggung kesakitannya.

Di dalam perkongsiaannya itu juga, beliau turut sempat mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana telah mendoakannya untuk segera sembuh dari penyakit yang dihadapinya ini.

Sehingga kini perkongsian di laman Facebook beliau itu telah meraih lebih 72,000 tanda suka serta dihujani dengan 23,000 komen-komen daripada pengikutnya di platform berkenaan.

ustaz kazim hidap penyakit misteri

Sekadar info, sekitar 2 Oktober tahun lalu, Ustaz Kazim difahamkan sedang sakit akibat daripada buatan orang dan hal itu dimaklumkan sendiri oleh pihak keluarganya.

2 years ago

Kaki Dibelah Tapi Tiada Darah Keluar, 6 Doktor Pakar Masih Tak Dapat Kesan Penyakit Misteri Ustaz Kazim Elias

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...