“Makan Guna ‘Chopstick’ Tak Haram Ya, Bezakan Antara Budaya Dan Agama” – Adam Corrie

Hiburan

“Makan Guna ‘Chopstick’ Tak Haram Ya, Bezakan Antara Budaya Dan Agama” – Adam Corrie

Pelakon Adam Corrie pernah ditegur kerana masih menggunakan penyepit makanan atau chopstick ketika makan meskipun sudah bergelar mualaf.

adam corrie
2 bulan lalu

Adam Corrie Terima Banyak Ugutan Sepanjang Islamkan 20 Saudara Baharu

Advertisement

Adam atau nama lengkapnya Adam Corrie Lee Abdullah mendedahkan ada segelintir masyarakat yang cetek ilmu menganggap penggunaan chopstick oleh orang beragama Islam adalah haram di sisi agama.

Adam Corrie

Ambil yang positif. Hidup berbilang kaum. Makan guna chopstick tak haram ya. Sebab dulu pernah kena tegur, dah masuk Islam tak boleh pakai chopstick. Haram katanya.

Adam, 52, menjelaskan kaedah menggunakan penyepit makanan memang budaya yang diamalkan orang Cina. Adam turut berkongsi cara penggunaan penyepit makanan dengan betul ketika menjamah nasi yang disediakan di dalam mangkuk.

Memang begini cara orang Cina lelaki seperti saya makan nasi dalam mangkuk. Rapatkan mangkuk ke mulut, tolak nasi, lauk dan sebagainya guna chopstick laju-laju supaya nasi tak tumpah. Bukan sebab gelojoh. Bezakan antara budaya dan agama.

Advertisement

Pelakon Kaki Kitai itu turut menerangkan jika makan nasi dalam pinggan, dia akan menggunakan tangan sahaja untuk makan. Makan pakai chopstick hanya kerana ia merupakan budaya bangsanya sendiri.

Info tambahan, Adam Corrie memeluk Islam 14 tahun lalu iaitu pada 13 Julai 2007 ketika berusia 39 tahun.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    November 10, 2021 at 7:48 pm

    Kan. Bukan Cina mana biasa guna copstik nih.

  2. Anonymous

    November 10, 2021 at 3:10 pm

    gila nya yg komen tu
    yg komen tu gi mkn sushi semua pakai tgn ke?
    kalau makan pkai sudu keluar islam ke?
    makan laa pkai apa pun, asalkan mengekalkan adab dan baca bismillah

  3. Anonymous

    November 10, 2021 at 2:37 pm

    Wh Malayu mana tau bezza antara adat n agama ..antara trend Dan agama .

    Antara PU Dan ahli ulamak …

    Mereka hanya tahu ikut saja … Kebanyakan pompuan melayu suka Sgt t4libanism self imposed .

    Minah minah pakai tudung tapi walhal hidup sbg scandal ..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...