Baru-baru ini, nama vokalis kumpulan The 1975, Matty Healy menjadi ‘panas’ selepas isu mencium mulut gitaris kumpulan tersebut di atas pentas Good Vibes Festival 2023.
Kelakuan jijik lelaki berasal dari negara United Kingdom itu bukan saja terjadi di Malaysia, malah turut terjadi di negara-negara lain setiap kali melakukan show dan ini antara hal-hal jijik yang dilakukannya.
Hisap rokok dan raba diri sendiri
Peminat The 1975 datang dari pelbagai umur dan barangkali ada yang membawa anak-anak menonton persembahannya. Namun Matty tanpa rasa malu meraba alat sulit serta menghisap rokok sewaktu membuat persembahan.
Makan daging mentah
Melakukan hal jijik sudah semestinya tidak dapat dinafikan tetapi Matty turut berkelakuan aneh dengan memakan daging mentah di atas pentas. Namun tiada siapa pun tahu sebab dia melakukan hal tersebut.
Cium pengawal keselamatan
Bukan hanya mencium gitaris The 1975, malah vokalis kontroversi itu turut pernah mencium pengawal keselamatan sewaktu mengadakan persembahan di Denmark.
Hisap ibu jari peminat
Sewaktu mengadakan konsert jelajah di Brighton, seorang peminat telah memuat naik video memaparkan Matty sedang menghisap ibu jarinya penuh ghairah.
Pijak bendera Korea Selatan
Bukan sekadar itu saja, malah Matty pernah membuat netizen berasa marah selepas dia memijak bendera Korea Selatan pemberian peminat negara tersebut di hadapan cermin dan sama sekali tidak memohon maaf biarpun sudah memadam gambar itu.