Menyertai tabligh untuk berdakwah dan mencari ilmu agama merupakan satu perkara yang sangat baik dalam membantu kita untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.
Namun, harus diingatkan bahawa mereka yang menyertai tabligh perlulah menyempurnakan tanggungjawabnya dengan meninggalkan nafkah buat ahli keluarga sepanjang ketiadaan mereka di rumah.
Tular di aplikasi Twitter pendedahan seorang anak tentang bapanya yang selalu culas dalam menjalankan tanggungjawab setiap kali keluar menyertai tabligh.
Selalu keluar 40 hari tinggalkan kitorang tanpa nafkah. Dah lah takde kerja tetap. Mak saya pulak yang kena tanggung dia.”
Bapanya seorang tabligh suka keluar 40 hari tanpa bagi nafkah. pic.twitter.com/RkcB0R9tM4
— Emosi (@ConfessTweetMY) October 3, 2022
Jelasnya lagi, rakan-rakan bapanya kerap datang ke rumah dan akan menyindir jika bapanya menolak untuk sertai program 40 hari tabligh mereka itu.
Perkongsian individu tidak didedahkan identitinya itu meraih perhatian ramai warganet di Twitter di mana mereka meluahkan pendapat masing-masing tentang isu lelaki yang sertai tabligh tetapi tidak jalankan tanggungjawab.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.