“Mak Jenis Apa Ni!” – Netizen ‘Tepuk Dahi’, Wanita Sanggup Bawa Bayi Bersesak Dalam Panas Untuk Tonton Perarakan Merdeka

Kehidupan

“Mak Jenis Apa Ni!” – Netizen ‘Tepuk Dahi’, Wanita Sanggup Bawa Bayi Bersesak Dalam Panas Untuk Tonton Perarakan Merdeka

Sedia maklum, beberapa hari yang lalu sambutan Hari Kebangsaan 2022 telah diadakan secara besar-besaran di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan sememangnya ia diraikan dengan penuh meriah oleh rakyat Malaysia.

Boleh dikatakan cuaca ketika hari itu sememangnya panas dan orang yang hadir, sama ada bekeluarga ataupun tidak sangatlah ramai hingga perlu berebut tempat bagi mendapatkan view yang jelas untuk menonton perarakan.

Advertisement

Tetapi video yang tular di platform TikTok memaparkan seorang wanita membawa anaknya yang masih bayi ke dataran tersebut sememangnya mendatangkan rasa kurang senang daripada kalangan warganet.

Di dalam video terbabit, boleh dilihat wanita itu mendukung anaknya sambil mengharungi lautan ombak manusia yang sangat ramai di dataran tersebut bagi meraikan hari bersejarah itu.

Bukan saja sanggup meredah, malah cuaca panas ketika itu juga kelihatan tidak sesuai untuk bayi kecil berada dan ibunya juga tidak memberi topi untuk lindung anaknya dari cuaca terik.

komen netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu dan mengatakan dia sememangnya mementingkan diri serta tidak fikir baik-buruk yang akan berlaku kepada bayi tersebut.

komen netizen

Pemilik video yang memaparkan kejadian yang berlaku memberitahu tidak mempunyai sebarang niat untuk membuat wanita tersebut viral tetapi mahu orang lain menjadikan ia sebagai iktibar untuk tidak melakukannya di masa hadapan.

3 bulan lalu

"Minda Belum Merdeka..." - Netizen Kecewa Orang Awam Buang Sampah Merata Lepas Perarakan Hari Kebangsaan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...