“Minda Belum Merdeka…” – Netizen Kecewa Orang Awam Buang Sampah Merata Lepas Perarakan Hari Kebangsaan

Kehidupan

“Minda Belum Merdeka…” – Netizen Kecewa Orang Awam Buang Sampah Merata Lepas Perarakan Hari Kebangsaan

Umum sedia tahu semalam telah berlangsungnya Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, orang ramai berpusu-pusu hadir untuk menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan selepas dua tahun tidak berlangsung kerana virus Covid-19.

Advertisement

Turut dapat dilihat semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia apabila ada yang sanggup datang ke lokasi acara seawal jam 5 pagi.

Namun, apa yang menyedihkan adalah perangai segelintir masyarakat yang mencemarkan alam sekitar dengan meninggalkan sampah merata-rata setelah selesai upacara perarakan.

Perkara itu dikongsikan menerusi satu ciapan di Twitter oleh seorang netizen yang menyuarakan rasa kecewa dengan sikap rakyat Malaysia.

Selain daripada meninggalkan sampah merata-rata, tumbuh-tumbuhan yang merupakan landskap perhiasan kaki lima di ibu kota juga turut dirosakkan oleh orang awam yang tidak bertanggungjawab.

“Minda belum merdeka,” tulis seorang pengguna Twitter.

“Merdeka hanya dibibir,” ujar seorang lagi warganet menunjukkan kekesalan terhadap perkara tersebut.

Selain itu kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah:

DBKL
3 bulan lalu

“Mcm B*bi Masuk Kebun” - Pokok Hiasan Musnah Kena Pijak, DBKL ‘Perli’ Pengunjung Sambut Hari Merdeka

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    September 2, 2022 at 10:25 am

    Dah tiba masa perarakan dibuat di tempat yang lebih luas, contohnya Putrajaya. Tourist boleh je dtg Putrajaya. Sediakan la bus free ke Putrjaya masa merdeka. Ntah apala menteri-menteri wilayah ni. Dari dulu smpi skrng, x ubah2.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...