“Mak Iti Sama Macam Apa Orang Lihat Di Luar..” – Tya Ariffin Segan Jumpa Datuk K, Dedah Peribadi Tok Ti Tak Berubah Di rumah

Hiburan

“Mak Iti Sama Macam Apa Orang Lihat Di Luar..” – Tya Ariffin Segan Jumpa Datuk K, Dedah Peribadi Tok Ti Tak Berubah Di rumah

Pelakon dan usahawan, Tya Ariffin mengakui pernah takut untuk bersemuka dengan bapa mentuanya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau mesra digelar Datuk K sebelum mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Asyraf Khalid.

Segan nak berjumpa

Menerusi sebuah podcast, Tya berkata perasaan itu lebih kepada segan dan hormat terhadap Datuk K. Katanya, bapa mentuanya itu mempunyai satu aura luar biasa yang membuatkan orang lain berasa segan.

Advertisement

Dulu sebelum saya kahwin, saya rasa takut nak jumpa dengan ayah (Datuk K). Aura dia itu memang lain betul. Kalau nak jumpa rasa segan.

 

Maksudnya dia orang yang sangat disegani. Saya juga respect dengan ayah, seorang yang manly father in law.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)

Siti Nurhaliza seorang yang baik hati

Bukan itu sahaja, Tya turut mendedahkan peribadi ibu mentuanya, penyanyi terkemuka Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika dirumah. Menurutnya, perwatakan Siti di rumah sama sahaja seperti mana yang orang luar lihat.

Bila saya masuk dalam keluarga ini, apa yang saya nak cakap bukan fasal glamour. Tetapi tentang personaliti. Ayah dan Mak Iti (panggilan Siti) sama sahaja macam apa yang orang lihat di luar.

 

Mak Iti seorang yang sangat baik hati. Dekat luar semua orang dia layan dengan baik. Dalam rumah pun sama, tak pernah marah. Jarang nampak tinggikan suara. Kalau marah pun dekat anak-anak je. Itu pun jarang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)

Sekadar info, Tya dan Asyraf mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.

bekas pekerja siti nurhaliza
1 month ago

"Tak Payah Bayar Balik" - Bekas Pekerja Dedah Kebaikan Datuk K & Siti Nurhaliza, Bagi RM90K Siapkan Ubah Suai Rumah Selepas Ditipu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...