“Tak Payah Bayar Balik” – Bekas Pekerja Dedah Kebaikan Datuk K & Siti Nurhaliza, Bagi RM90K Siapkan Ubah Suai Rumah Selepas Ditipu

Hiburan

“Tak Payah Bayar Balik” – Bekas Pekerja Dedah Kebaikan Datuk K & Siti Nurhaliza, Bagi RM90K Siapkan Ubah Suai Rumah Selepas Ditipu

Melalui laporan portal hiburan popular, bekas pekerja menyifatkan penyanyi tersohor tanah air iaitu Datuk Siti Nurhaliza sebagai bidadari kerana menolongnya ketika dalam kesusahan.

Bantu bekas pekerja

Kata individu tersebut, Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil sebagai Tokti telah membantunya dengan memberi wang sebanyak RM90,000 bagi menyiapkan kerja ubah suai rumah yang tergendala dua tahun lalu.

Advertisement

Saya pernah kena tipu dengan kontraktor tapi Datuk K dan Siti membantu saya siapkan ubah suai rumah itu. Terdiam saya ketika itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Tak bagi bayar balik

Bencerita lanjut mengenai kebaikan Tokti dan suaminya, bekas pekerja yang bernama Khairul itu berkata Datuk K enggan dia membayar semula wang yang sudah diberikannya untuk ubah suai rumah itu.

Khairul yang ketika itu baru saja diserang angin ahmar sememangnya terharu dengan pertolongan pasangan itu.

Sewaktu itu saya sedang strok teruk dan Datuk K menyatakan doa orang yang sakit ini makbul. Jadi dia hanya minta saya doakan yang baik-baik untuk keluarganya.

tokti
3 months ago

"Bukan Senang Nak Kena Marah Dengan TokTi" - Video Marah Dan Jeling Kru Konsert Raih Perhatian, Ini Komen Siti Nurhaliza

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...