“Mak Hang GRO” – Tareq Fit Berang, Dakwa Azad Jasmin Hina Ibu Dalam Pergaduhan Di Media Sosial

Hiburan

“Mak Hang GRO” – Tareq Fit Berang, Dakwa Azad Jasmin Hina Ibu Dalam Pergaduhan Di Media Sosial

Jurulatih kecergasan, Tareq Fit meluahkan rasa kecewa terhadap penyampai radio, Azad Jasmin selepas didakwa mengeluarkan kenyataan tidak wajar melibatkan ibunya.

Menerusi perkongsian di Threads, Tareq memuat naik beberapa tangkap layar yang dipercayai memaparkan perbualan antara mereka berdua. Difahamkan, isu bermula apabila Tareq menegur kandungan hiburan yang dianggap tidak sesuai untuk tontonan umum.

Advertisement

s

Namun, teguran tersebut dikatakan dibalas oleh Azad dengan kenyataan yang mengaitkan ibu Tareq dengan panggilan yang tidak sepatutnya.

“Ni ke akhlak seorang artis yang kalian sokong? Kurang ajar betul. Aku tegur pasal jangan tayang aurat orang rumah, jangan goyang-goyang.”

“Kau dah tua, jangan rosakkan akhlak ummah. Tiba-tiba libatkan mak aku dengan benda yang tidak elok langsung. Percaya bila aku cakap pasal geng-geng hiburan haram ini, mengejek pasal kubur, astaghfirullah.”

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Meninjau ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan Azad kerana dianggap melampaui batas dengan melibatkan ahli keluarga dalam pertikaian peribadi.

tareq fit

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir pihak yang berpandangan bahawa Tareq tidak terkecuali daripada kritikan, dengan mendakwa beliau sendiri pernah mengeluarkan kenyataan kontroversi terhadap orang awam sebelum ini.

Setakat ini, kedua-dua pihak masih belum mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung isu berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pad apautan di bawah.

2026-04-13 14:26:15

"Bab*-Bab* Ini Suka Rehat" - Majikan Syarikat Antarabangsa Kritik Pekerja Malaysia Banyak Cuti, Samakan Dengan Binatang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...