“Majlis Saya ‘Diceroboh’ Orang-Orang Luar Yang..” – Shakilla Khoriri Mohon Ruang Dan Masa, Akan Jawab Soalan Media Apabila Bersedia

Hiburan

“Majlis Saya ‘Diceroboh’ Orang-Orang Luar Yang..” – Shakilla Khoriri Mohon Ruang Dan Masa, Akan Jawab Soalan Media Apabila Bersedia

Pelakon Shakilla Khoriri semalam telah selamat bergelar isteri buat kali kedua apabila bernikah dengan lelaki pilihan bernama Fariz setelah dua tahun berpisah dengan bekas suami, Fizi Ali.

Shakilla turut berkongsi foto momen-momen indah sepanjang majlis pernikahan di Instagram buat tatapan peminat.

Advertisement

Shakilla mohon ruang dan masa

Namun, satu perkongsian di Instagram Story memaparkan aktres itu memohon ruang dan masa untuk memberi penjelasan mengenai pernikahannya, semalam.

instaggramSumber : Instagram  

Assalamualaikum, kepada semua rakan media yang saya hormati dan cintai. Saya mohon maaf kepada kalian jika tidak menjawab panggilan atau memberi apa-apa respon berkenaan pernikahan saya.

Saya sendiri rasa kurang selesa apabila majlis ini ‘diceroboh’ orang-orang luar tanpa meminta izin untuk berkongsi dahulu mengenai pernikahan saya dan suami kepada media dan wartawan sebelum majlis ini berlangsung.

Ingin jaga hati anak, Ameena

Tulisnya lagi, dia ingin menjaga hati kecil dipercayai anak perempuannya, Ameena yang mungkin masih tidak mengerti mengenai apa yang terjadi.

Ada hati kecil yang perlu saya jaga dan utamakan apabila melibatkan ahli baru dalam keluarga kami.

Walaupun dia orang yang paling excited dan happy tapi saya ada tanggungjawab untuk menerangkan banyak perkara tentang hal ini pada dia.

Ujar Shakilla, dia akan menjawab segala persoalan kepada pihak media tidak lama lagi.

Sebelum ini, tular spekulasi yang mendakwa Shakilla bakal mendirikan rumah tangga kali kedua dengan lelaki yang pernah digosipkan dengannya sebelum ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shakilla Khoriri
10 months ago

Tahniah! Shakilla Khoriri Tamatkan Zaman Janda, Cantik Berbusana Songket Putih

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...