Tahniah! Shakilla Khoriri Tamatkan Zaman Janda, Cantik Berbusana Songket Putih

Hiburan

Tahniah! Shakilla Khoriri Tamatkan Zaman Janda, Cantik Berbusana Songket Putih

Tahniah diucapkan buat pelakon Shakilla Khoriri setelah dia dilaporkan menamatkan zaman solo apabila selamat menjadi isteri buat kali kedua, hari ini.

Berita gembira itu disahkan apabila pelakon Ramona Zamzam ada memuat naik foto dia bersama-sama Shakilla Khoriri di atas pelamin dengan kapsyen berbaur ucapan tahniah.

Advertisement

Semoga kebahagiaan milikmu @shakillakhoriri, sayang kau dan Ameena.

Dalam foto itu, Shakilla dilihat manis mengenakan busana songket putih, sedondon bersama anak perempuannya, Ameena.

Difahamkan, pelakon itu bernikah dengan jejaka yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini yang dikenali sebagai Fariz Zulkeply.

Aktres itu pernah mendirikan rumah tangga bersama penyampai radio, Fizi Ali pada Februari 2018  sebelum bercerai dua tahun kemudian.

Fizi kemudian bernikah dengan wanita pilihan, Siti Zulaikha pada 23 Oktober 2023 yang lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

killa
2 months ago

"Bila Dia Kata Nak Jumpa Anak, Saya Gembira.." - Shakilla Khoriri Rela Lepaskan Anak Ke Fizi Ali, Enggan Panjangkan Isu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...