Majlis Resepsi Fattah Amin Dan Fazura Bertemakan Fairy Tale

Hiburan

Majlis Resepsi Fattah Amin Dan Fazura Bertemakan Fairy Tale

Pasangan romantis Fazura dan Fattah Amin yang bakal mengadakan majlis resepsi perkahwinan pada 25 Februari ini selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga telah memilih tema “ Fairy Tale” untuk hari paling bahagia mereka. Menurut Fazura, persiapan majlis itu yang diadakan secara tertutup buat keluarga terdekat berjalan dengan lancar.

Advertisement

Saya perlu menghormati permintaan keluarga yang mementingkan privasi jadi untuk resepsi pertama saya dahulukan keluarga dan sahabat rapat.

Konsep majlis resepsi mungkin akan lebih kepada suasana fantasi atau fairy tale dan saya teringin mahu melakukan tarian poco-poco bersama seluruh ahli keluarga.

Terdahulu, Fazura memberitahu beliau dan suami akan mengadakan majlis resepsi kedua khas buat peminat mereka pada 11 Mac ini. Walaubagaimanapun, lokasi majlis tersebut masih belum diketahui.

Sumber Berita : Kosmo!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...