Selasa lalu, pelakon dan juga penyanyi Ayda Jebat bersama suami, Nabil Mahir ada menganjurkan sebuah majlis cukur jambul buat puteri sulung mereka, Ana Nayla.
Meskipun diadakan serba ringkas, majlis tersebut tetap disambut meriah dengan kehadiran ahli keluarga terdekat.
View this post on Instagram
Momen-momen ketika majlis tersebut turut dikongsikan Ayda menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik di laman media sosial Instagram miliknya, semalam.
Assamualaikum Ana Nayla. Selesai majlis cukur jambul our little wuvv @ananaylaofficial semoga menjadi anak yang baik dan Salam Maulidur Rasul buat semua. Mohon semua doakan yang baik-baik buat Ana Nayla.
Ayda juga sempat memohon doa daripada orang ramai agar anak sulungnya itu menjadi anak solehah dan baik budi pekertinya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil menzahirkan ucapan tahniah dan mendoakan agar keluarga kecil itu terus dirahmati tambahan dengan kehadiran cahaya mata yang comel itu.
Sekadar info, Ayda dan Nabil telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.
Perkahwinan mereka kemudiannya dihiasi dengan kehadiran puteri sulung yang diberi nama Ana Nayla yang dilahirkan pada 21 September yang lalu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.