Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ayda Jebat Dedah Wajah Anak, Beri Nama Ana Nayla

anak ayda jebat

Seminggu lalu, pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat telah selamat menimang cahaya mata sulung perempuan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. Difahamkan, bayi lahir sekitar jam 7.07 malam dengan berat 2.77 kilogram.

Advertisement

Terbaru, Ayda menjadi perhatian apabila memuat naik wajah anak buat pertama kalinya untuk tatapan peminat. Bersama hantaran tersebut, Ayda memaklumkan si comel itu diberi nama Ana Nayla binti Ahmad Nabil.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Pencuri Hati ini turut menitipkan doa agar Ana Nayla menjadi anak yang baik dan disayangi ramai.

Peminat yang sangat teruja memuji rupa paras bayi yang dilihat memiliki sepasang mata yang sangat cantik.

Advertisement

Alahai comel sangat! Apa-apa pun tahniah diucapkan buat pasangan Ayda Jebat dan Nabil Mahir. Diharapkan dengan kehadiran cahaya mata ini dapat menambahkan lagi kebahagiaan mereka sekeluarga.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. Syazni Rahim

    September 29, 2021 at 8:08 am

    Subhanallah cantik betul mata anak diorang :)
    Tahniah Ayda! Selamat menempuhi alam keibubapaan <3

  2. Anonymous

    September 28, 2021 at 8:50 pm

    Oh gosh … Penjilat dah kena prank dgn goblok dua ekor ni …

    Atau

    Hmm hmmm hmm anak hmm Aj bukan dgn N

  3. which?

    September 28, 2021 at 7:48 pm

    nnti x tau sape lg childish, AN atau AJ

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top