Rasanya ramai yang sudah kenal dengan Ratu Farah, di mana sebelum ini dia sering kali menerima kecaman ramai kerana konten-konten yang dilakukan di platform media sosial serta ‘perangai’ yang dipaparkan kepada umum.
Terbaharu, namanya sekali lagi menjadi sasaran selepas berkongsikan video memakai baju kelawar sambil menari tarian Ulek Mayang di tepi sungai sewaktu menginap di resort milik Datuk Seri Aliff Syukri, Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Janda Baik.
Tindakannya menari Ulek Mayang di kawasan tersebut mendatangkan rasa kurang senang dikalangan netizen kerana tarian tersebut dikatakan ada kaitan dengan alam mistik.
Menurut netizen, hal tersebut tidak sepatutnya di buat main oleh TikTokers terbabit dan dia sepatutnya lebih berfikir panjang sebelum melakukan perkara-perkara pelik memandangkan diri berada dalam kawasan hutan.
Sekadar info, Ratu Farah pernah dikritik orang ramai kerana semakin berani berpakaian nipis hingga menampakkan bentuk tubuh badannya sewaktu menghadiri majlis sambutan ulang tahun kelahiran pengasas tudung jenama Fareha.