Mahukan Lee Chong Wei Menang, Taufiq Hidayat Dedah Pernah Ditawar Sejumlah Wang

Trending

Mahukan Lee Chong Wei Menang, Taufiq Hidayat Dedah Pernah Ditawar Sejumlah Wang

Nama yang tidak asing lagi dalam sukan badminton daripada negara Indonesia, Taufiq Hidayat baru-baru ini membuat pendedahan bahawa beliau pernah ditawarkan sejumlah wang oleh seorang pegawai pasukan Malaysia. Apa kes pula ni?

5 years lalu

Pemaju Hadiahkan Lee Chong Wei Kondo RM 1.5 Juta Atas Sumbangan Kepada Sukan Negara

Menurut Taufiq, ianya berlaku pada Sukan Asia Doha 2006 dimana pegawai tersebut memintanya untuk kalah dalam pertandibgan separuh akhir ketika menentang Lee Chong Wei. Biar betul?

Advertisement

Menerusi satu video yang dimuatnaik TV Trans, Taufiq mendedahkan yang dia ditawarkan wang berjumlah 400 juta rupiah bersamaan sekitar RM117,000. Sebelum itu, pengurus tersebut juga ada bertanya berapa banyak bonus yang Taufiq dapat jika dia menang dan mahu menggandakan jumlah tersebut.

Advertisement

“Saya begitu emosional sehingga saya berkata ‘jika anda berada di Indonesia, anda tidak dapat pulang’, dia berani meminta saya menjual nama Indonesia, sama seperti menjual negara itu.”

Pendedahan ini sekaligus membuat Datuk Lee Chong Wei terkejut dan terus menghubungi Taufiq. Walaubagaimanpun, Lee Chong Wei berasa bersyukur bahawa Taufiq lebih mengutamakan maruah negara berbanding wang ringgit.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...