Pemaju Hadiahkan Lee Chong Wei Kondo RM 1.5 Juta Atas Sumbangan Kepada Sukan Negara

Trending

Pemaju Hadiahkan Lee Chong Wei Kondo RM 1.5 Juta Atas Sumbangan Kepada Sukan Negara

Beberapa hari sebelum berangkat ke Sukan Olimpik Rio, pemain badminton kebangsaan Datuk Lee Chong Wei telah melawat satu bilik pameran di Cheras untuk melabur bagi membeli satu unit kondominium.

lavilecondoKini, pemaju hartanah yang bercakap dengan Chong Wei, Orando Holdings ingin menghadiahkan jaguh badminton berusia 32 tahun itu dengan unit kondominium berharga RM 1.5 juta kerana sumbangannya kepada sukan tanahair.

Advertisement

Unit itu seluas 1,100 kaki persegi dengan tiga bilik di Taman Maluri merupakan kondominium eksklusif Lavile yang menghadap Menara Berkembar Petronas dan ianya juga lengkap dengan perabot. Kata pengarah urusan Orando, Datuk Eng Wei Chun:

Buat masa ini kami tidak membina gelanggang badminton di kondominium itu. Tetapi kami boleh minta arkitek bina sekurang-kurangnya satu gelanggang yang boleh kami namakan bersempena nama Datuk Lee Chong Wei.

Eng memberitahu yang Chong Wei menunjukkan minat untuk membeli unit tersebut sebelum terbang ke Brazil, menambah yang dia sudah pun membuat keputusan untuk menghadiahkan unit itu kepada Chong Wei pada masa itu.

Saya hadiahkan secara sukarela. Saya tunggu hingga selesai Olimpik untuk beritahu padanya (Chong Wei).

Saya ingin beri kejutan padanya. Dia telah membuat sumbangan besar kepada negara.

Eng menambah yang hadiah itu akan memberi semangat kepada belia negara untuk bergiat cemerlang dalam bidang sukan.

Ditanya mengapa hanya Chong Wei saja atlet Olimpik yang diberikan rumah itu, Eng berkata ia kerana Chong Wei ialah wajah sukan antarabangsa Malaysia dan kerana Chong Wei merupakan pembeli yang menunjukkan minat.

Akan ada peluang lain untuk atlet Olimpik kita di masa akan datang. Saya melihat ini sebagai tanggungjawab sosial korporat.

Kami mahu negara ini untuk memiliki masa depan cerah dan harmoni. Sukan berjaya melakukan itu. Ini cara saya untuk memajukan sukan negara kita untuk masa depan yang lebih cerah.

Kondominium 38 tingkat itu dijangka siap pada tahun 2020.

Ini bukan satu-satunya hadiah buat Chong Wei yang telah memenangi pingat perak Olimpiknya yang ketiga pada akhir perseorangan Badminton Rio.

Dia turut bakal menerima RM 637,888 dari Majlis Sukan Negara dan Persatuan Badmonton Malaysia, disamping sebuah Proton Suprima S 1.6 L Turbo Premium dan sebuah sofa urut klasik Osim uDiva.

DIa juga menerima pencen RM 3,000 sebulan untuk seumur hidup.

Chong Wei dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bersama semua atlet Olimpik Malaysia yang lain pada pukul 1.30 petang hari ini.

Sumber: The Star diterjemah untuk amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...