Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Mahu Hidup Tenang : Zul Ariffin Enggan Ulas Gosip Putus Cinta

Baru-baru ini, sebuah portal akhbar tempatan melaporkan percintaan antara pelakon Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson sudah berakhir. Menurut akhbar berkenaan,  Zahirah yang ingin memutuskan hubungan berkenaan kerana kecewa apabila Zul bermain kayu tiga dengan seorang pelakon wanita daripada Singapura.

Advertisement

Tentu sekali berita ini mengejutkan peminat mereka, apatah lagi mereka kelihatan baik-baik sahaja sebelum ini.

Tahu berita putus cinta itu telah menjadi viral, Zul bagaimanapun tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut mengenainya.

Itu semua ‘bloggers’ punya kerja, saya tak tau apa-apa. Saya tak mahu komen apa-apa mengenai khabar angin saya sudah putus cinta dengan Zahirah kerana sekarang saya mahu tenang dan banyak kerja perlu siapkan.

Zul tidak mahu mengulas gosip hangat ini kerana tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan kariernya selain dihimpit kontroversi.

Advertisement

Mereka (bloggers) boleh kata apa saja tetapi saya yang akan menanggung akibatnya. Saya yang kena menjawab dengan pelanggan kerana mereka tidak suka pelakon yang ada kontroversi. Hidup saya kini sudah aman dan tidak mahu terbabit dalam sebarang kontroversi lagi. Saya hanya sibuk berkerja saja sekarang.

Kalau tiada apa-apa masalah baguslah.  Sebelum ini, tiada sesiapa pun yang ingin “memusnahkan” kerjaya Zul Ariffin dengan gosip tersebut, cuma sudah menjadi lumrah hidup sebagai selebriti pasti orang ramai ingin tahu cerita yang sebenar.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama