Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Zul Ariffin Dan Zahirah Macwilson Sudah Putus Cinta Kerana Orang Ketiga?

Pelakon Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson memang tidak gemar bercerita mengenai kisah percintaan mereka. Malah, mereka juga tidak pernah memuat naik foto mesra bersama di media sosial sehingga peminat tertanya-tanya apakah perkembangan lanjut hubungan mereka.

Advertisement

Tiba-tiba pula, timbul khabar angin mengatakan Zul dan Zahirah sebenarnya sudah putus cinta dan ia disebabkan oleh orang ketiga.

Menurut Poklip menerusi portal Utusan Online, semuanya berpunca daripada sikap Zul yang bermain kayu tiga bersama seorang pelakon wanita berasal daripada Singapura.

Zul sebenarnya sudah lama menjalinkan hubungan bersama pelakon wanita berkenaan secara rahsia dan perkara itu membuatkan hati Zahirah kecewa.

Advertisement

Tidak mahu terus sakit hati, Zahirah mengambil keputusan untuk menamatkan hubungan percintaannya bersama Zul.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini Zul pernah digosipkan bercinta dengan pelakon wanita asal Singapura itu, tetapi mereka pernah menafikannya.

Walaubagaimanapun, kami harap cerita ini tidak benar. Sakit hati juga bila pasangan bermain kayu tiga bukan? Apa-apa pun, kita tunggu kenyataan lanjut daripada Zul ataupun Zahirah selepas ini.

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top