Tentu sekali berita ini mengejutkan peminat mereka, apatah lagi mereka kelihatan baik-baik sahaja sebelum ini.
Tahu berita putus cinta itu telah menjadi viral, Zul bagaimanapun tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut mengenainya.
Itu semua ‘bloggers’ punya kerja, saya tak tau apa-apa. Saya tak mahu komen apa-apa mengenai khabar angin saya sudah putus cinta dengan Zahirah kerana sekarang saya mahu tenang dan banyak kerja perlu siapkan.
Zul tidak mahu mengulas gosip hangat ini kerana tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan kariernya selain dihimpit kontroversi.
Mereka (bloggers) boleh kata apa saja tetapi saya yang akan menanggung akibatnya. Saya yang kena menjawab dengan pelanggan kerana mereka tidak suka pelakon yang ada kontroversi. Hidup saya kini sudah aman dan tidak mahu terbabit dalam sebarang kontroversi lagi. Saya hanya sibuk berkerja saja sekarang.
Kalau tiada apa-apa masalah baguslah. Sebelum ini, tiada sesiapa pun yang ingin “memusnahkan†kerjaya Zul Ariffin dengan gosip tersebut, cuma sudah menjadi lumrah hidup sebagai selebriti pasti orang ramai ingin tahu cerita yang sebenar.