Meskipun usianya hampir mencecah 30 tahun, penyanyi Nabila Razali mengakui dirinya tidak terlepas daripada soalan mengenai jodoh dan alam perkahwinan.
Ujar Nabila, dia kini lebih memfokuskan terhadap kerjaya seni namun tidak menolak jika ada yang ingin mengenali hati budi dengan lebih rapat.
View this post on Instagram
Penyanyi lagu Peluang Kedua ini memberitahu bahawa dia teruja melihat rakan-rakan artis berkongsikan mengenai anak mereka contohnya seperti Izara Aishah dan Siti Nurhaliza.
“Tapi buat masa sekarang, saya memang betul-betul fokus dengan kerja saya dan tidak terfikir lagi untuk ke arah itu (kahwin) lagi. Namun, sekiranya ada yang datang nak mengenali hati budi, saya terima dengan hati yang terbuka.”
Dia yang dihubungi media baru-baru ini ketika sidang media secara mara BeauRaya yang diadakan pada petang Sabtu lalu turut memaklumkan mengenai perkembangan kariernya yang terkini.
View this post on Instagram
Katanya, dia bakal tampil dengan single terbaharu dalam masa terdekat.
“Ia akan dilancarkan tidak lama lagi dan saya harap anda semua sokong saya dan single terbaharu saya.” ujarnya mengakhiri bicara.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.