March 18th, 2015

Pelakon Benjy yang terdahulu didakwa atas tuduhan memiliki dadah tidak mampu untuk membayar wang jaminan yang agak tinggi untuk beliau keluar daripada penjara. Susulan perkara tersebut, pihaknya telah membuat rayuan  agar kadar jaminan diturunkan.

Selepas sembilan hari didakwa, hari ini Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md Noor hari ini membenarkan rayuan Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim  supaya mahkamah menetapkan jaminan yang lebih rendah kerana kurang berkemampuan.

Peguam yang mewakili Benjy iaitu Farhan Read dalam rayuannya menyebut, pihak penjamin iaitu tunang dan abang angkat anak guamnya itu hanya mempunyai wang sejumlah RM 5,000 dan tidak mampu untuk membayar lebih daripada jumlah yang dinyatakan.

Benjy sebelum ini telah ditahan pada jam 9.30 malam tanggal 5 Mac 2015 di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama seorang lagi wanita dan lelaki. Kesemua mereka telah ditahan di bawah Sekyen 39(A) Akda Dadah Berbahaya 1952 dan Sekyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika  sabit kesalahan.

Sumber Berita: Sinar Harian


Comments are closed.

Loading...