Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Benjy Ditahan Kali Ketiga Didakwa Miliki Syabu

Pagi tadi kami ada menyiarkan berita seorang pelakon yang popular pada era 90 an telah ditangkap kerana dadah, terbaru kami mendapat maklumat bahawa  pelakon tersebut adalah Benjy yang didakwa atas kesalahan memiliki dadah jenis Syabu.

Hasil pemeriksaan polis dari cawangan Narkotik IPK Kuala Lumpur, mereka telah menemukan dua paket platik lutsinar dan satu keratan paket plastik lutsinar yang mengandungi Syabu dan 11 lagi peket lutsinar dipercayai sejenis dadah juga telah dijumpai didalam beg tangan milik Benjy.

Advertisement

Sepucuk pistol angin juga turut di temukan didalam sebuah bilik yang  tuirut mengandungi 14 butir peluru bebola besi.

Beny telah ditahan pada jam 9.30 malam semalam di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama seorang lagi wanita dan lelaki. Kesemua mereka telah ditahan di bawah Sekyen 39(A) Akda Dadah Berbahaya 1952 dan Sekyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata.

Ini adalah kali ketiga pelakon tersebut dicekup polis. Benjy pernah ditahan pada tahun 2009 dan 2011 atas kesalahan yang sama.

Sumber Berita: Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top