Pelakon Lelaki Popular Tahun 90-an Ditahan Kali Ketiga Kerana Disyaki Miliki Dadah

Hiburan

Pelakon Lelaki Popular Tahun 90-an Ditahan Kali Ketiga Kerana Disyaki Miliki Dadah

Seorang pelakon lelaki ditahan untuk kali yang ketiga selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dan memiliki dadah di sebuah hotel di ibu negara, malam tadi.

Pelakon berusia 37 tahun itu ditahan bersama seorang wanita dan seorang lagi rakan lelaki dalam bilik hotel di Jalan Yap Ah Shak, di sini, pada jam 9.30 malam itu oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur.
pelakon ditahan Hasil pemeriksaan ke atas bilik pelakon yang popular sekitar tahun 90-an itu turut menemui sepucuk pistol angin yang mengandungi peluru bebola besi.

Advertisement

Sebelum ini pelakon berkenaan ditahan atas kesalahan sama selain turut pernah ditahan kerana memiliki makmal pemprosesan dadah di kediamannya di Kepong, Sentul, beberapa tahun lalu. Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...