Mahkamah Tinggi Tepikan Hukuman Penjara & Denda Buat Pencuri Tabung Masjid, Tukar Jalani Khidmat Sosial

Berita

Mahkamah Tinggi Tepikan Hukuman Penjara & Denda Buat Pencuri Tabung Masjid, Tukar Jalani Khidmat Sosial

Tular seorang remaja lelaki dimandikan seakan-akan jenazah selepas ditangkap kerana cuba untuk mencuri tabung masjid masih menjadi topik ‘panas’ dibincangkan oleh warganet di media sosial.

Sesetengah netizen bersimpati atas apa yang berlaku keatas remaja tersebut dan dalam pada masa yang sama, ada juga yang bersetuju dia dikenakan hukuman seperti jenazah, penjara dan denda ekoran pendadahan mengenai latar belakangnya.

Advertisement

Sedia maklum, sebelum ini mahkamah menetapkan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4000 atas kesalahan cubaan mencuri tabung masjid di Kuang, Rawang minggu lalu.

remaja lelaki curing tabung masjid Sumber : Google  

Bagaimanapun melalui laporan BERNAMA, baru sahaja tadi Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membuat keputusan untuk mengenepikan hukuman tersebut dan menukarkan dengan menyuruh remaja itu menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam bagi tempoh enam bulan.

Demi masa depan tertuduh dan bagi membenarkan dia untuk mempunyai rekod jenayah bersih, beberapa perkara telah ditetapkan.

Remaja yang bernama Daniel itu diminta untuk melaporkan diri ke jabatan khidmat masyarakat dalam tempoh tujuh hari selepas keputusan dibuat hari ini.

3 years ago

"Saya Yang Suruh..." - Selalu Curi Duit, Rupanya Atuk Sendiri Yang Minta AJK Masjid Buat 'Report' Polis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : BERNAMA

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...