Mahkamah Mahu Adira Dan Suami Kemukan Bukti Pernikahan Di Thailand

Hiburan

Mahkamah Mahu Adira Dan Suami Kemukan Bukti Pernikahan Di Thailand

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur harini ini memerintahkan agar Adira AF dan suaminya Datuk Seri Adnan Abu mengemukakan sijil pernikahan mereka di Songkhla, Thailand sebagai bukti bahawa mereka sudah sah bernikah di negara tersebut sekitar tahun lepas.

Advertisement

Peguam  syarie, Irsamuddin Ikhsan yang mewakili pasangan berkenaan turut memberitahu pihak mahkamah juga mahu melihat gambar serta bukti-bukti lain sewaktu mereka bernikah.

Semasa memfailkan kes berkenaan pihak kami telah memasukkan semua bukti sebagai lampiran namun pihak mahkamah ingin melihat salinan asal bukti pernikahan tersebut. Jadi kami akan sediakan semua yang diminta pada perbicaraan akan datang.

Perbicaraan kes mereka berlangsung pada pagi tadi dihadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Lutfhatul Hanah Shamsudin.

Selepas perbicaraan selesai, Adnan berkata beliau akan tampil dengan bukti seperti yang diminta oleh pihak mahkamah dan berharap agar kes berkenaan berjalan dengan lancar.

Adnan juga merencana untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan beliau dan Adira di Kota Kinabalu, Sabah.

Kes itu didengar bawah seksyen 12 dan 23 Akta Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 dan mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan seterusnya pada 7 Mac depan.

Adira dan Adnan bernikah secara berpoligami di Songkhla, Thailand pada 3 Disember tahun lalu, hanya selepas 3 minggu berkenalan dan dilamar melalui telefon bimbit.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...