“Mahkamah Buat Keputusan Tepat…” – Respon Anak Tentang Kes Rasuah Rosmah Raih Perhatian

Trending

“Mahkamah Buat Keputusan Tepat…” – Respon Anak Tentang Kes Rasuah Rosmah Raih Perhatian

Anak kepada Datin Seri Rosmah Mansor, Azrene Ahmad tampil menyuarakan pendapat di Instagram tentang kes rasuah membabitnya ibunya itu.

Azrene yang juga isteri kepada selebriti dan chef, Datuk Fazley Yaakob berkata Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang tepat terhadap isteri Najib Razak itu.

Advertisement

Jelasnya, keputusan mahkamah perlulah dihormati dan jika perlu, dia ingin perkara tersebut diselesaikan sehingga ke Mahkamah Persekutuan.

Kita perlu percayakan fakta dan keupayaan badan kehakiman kita untuk capai penghakimannya tanpa halangan dan rasa takut.”

Azrene turut menegaskan bahawa dia akan terus memperjuangkan kepentingan negara kerana itulah tanggungjawab sebagai rakyat dan manusia.

Walau bagaimanapun, Azrene juga akui akan terus mendoakan yang terbaik untuk mereka (Najib dan Rosmah) dan mengharapkan yang terbaik berhubung kes membabitkan mereka berdua.

Sebagai seorang anak, saya hanya boleh terus mendoakan mereka (ibu bapa) dan mengharapkan yang terbaik walaupun saya menjangkakan yang paling teruk.”

Sekadar info, Rosmah didapati bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar sekolah-sekolah di Sarawah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Zaini Mazlan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta kepada, namun ia ditangguhkan sementara menunggu rayuan beliau.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 bulan lalu

"Rindu, Sayang Atuk 1,000 Juta Kali" - Hadir Ke Mahkamah, Cucu Tanya Kenapa Ramai Orang Pegang Senjata Iring Najib

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

5 Comments

  1. Anonymous

    September 3, 2022 at 10:06 am

    hmmmm..sometimes silence is the best revenge

  2. Isidankulit

    September 3, 2022 at 3:19 am

    Drama jer kot….takut kena pantau. Selalu org salah gelabah.

  3. Anonymous

    September 2, 2022 at 9:26 pm

    Okay je kot. Time berkuasa anak ni lah yg dibuang, disusahkan segala urusan tp bila anak bersuara, ckp pasal ibu.. Kalau ibu tu dh salah.. Mmg salah cuma dia tetap ibu

  4. Anonymous

    September 2, 2022 at 8:52 pm

    sehina hina ibu dia tetaplah IBU kita.DOANYA tetap Allah angkat.Kalau tak suka tak eprlu share kat social media pun!Bila kena kecam tak boleh terima padahal sendiri berada di jalan kecaman.I am talking about Rosmah as her mother

  5. Anonymous

    September 2, 2022 at 7:16 pm

    Azrene ni dari dulu berdendam dengan ibunya…so pendapat dia berbau dendam juga..so tak heran pun

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...