Anak kepada Datin Seri Rosmah Mansor, Azrene Ahmad tampil menyuarakan pendapat di Instagram tentang kes rasuah membabitnya ibunya itu.
Azrene yang juga isteri kepada selebriti dan chef, Datuk Fazley Yaakob berkata Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang tepat terhadap isteri Najib Razak itu.
Jelasnya, keputusan mahkamah perlulah dihormati dan jika perlu, dia ingin perkara tersebut diselesaikan sehingga ke Mahkamah Persekutuan.
Kita perlu percayakan fakta dan keupayaan badan kehakiman kita untuk capai penghakimannya tanpa halangan dan rasa takut.”
Azrene turut menegaskan bahawa dia akan terus memperjuangkan kepentingan negara kerana itulah tanggungjawab sebagai rakyat dan manusia.
Walau bagaimanapun, Azrene juga akui akan terus mendoakan yang terbaik untuk mereka (Najib dan Rosmah) dan mengharapkan yang terbaik berhubung kes membabitkan mereka berdua.
Sebagai seorang anak, saya hanya boleh terus mendoakan mereka (ibu bapa) dan mengharapkan yang terbaik walaupun saya menjangkakan yang paling teruk.”
Sekadar info, Rosmah didapati bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar sekolah-sekolah di Sarawah.
Hakim Mahkamah Tinggi, Zaini Mazlan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta kepada, namun ia ditangguhkan sementara menunggu rayuan beliau.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.